Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin­ Ahmad berkata, pelaksanaan kempen tersebut bermula pada 1 November lalu hingga 31 Disember tahun ini.

“Kempen ini bertujuan membantu dan menggalakkan mereka yang dikompaun untuk menyelesaikan tunggakan sebelum tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang gagal berbuat demikian.­

“Kempen pengurangan kompaun ini juga termasuk kompaun kesalahan di bawah Perintah Pengangkutan­ Jalan MBSA 2007 iaitu antaranya kesalahan tidak mempamerkan kupon kenderaan dan tidak meletakkan kenderaan di petak letak kereta yang disediakan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Shahrin, pihak MBSA telah bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menyenaraihitamkan pesalah yang gagal menyelesaikan kompaun menerusi sistem I-Blacklist.

Katanya lagi, pihaknya turut melaksanakan­ pengurangan kompaun sehingga 50 peratus melibatkan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-Undang Kecil Taman (MBSA) 2005, Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005 dan Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007.

“Pengurangan itu termasuklah kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007 dan Undang-Undang Kecil Pasar (MBSA) 2007 turut diberi diskaun sebanyak 50 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu,­ orang ramai boleh membuat pembayaran kompaun di Kaunter Utama, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam, Pejabat Cawangan Sungai­ Buloh, Pejabat Cawangan­ Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam.

MBSA turut menyediakan perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheel (SAOW) pada setiap hari Sabtu mengikut masa, tempat dan tarikh yang ditetapkan.